Tampal Notis Peringatan Seolah Hina Golongan OKU, Kedai Serbaneka Mohon Maaf

19 Jan 2023 • 12:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial mengenai satu notis peringatan di sebuah kedai serbaneka yang meminta pelanggan buang sampah dan mengemas meja selepas makan mengundang pelbagai reaksi netizen. Apa kes?

image is not available

Tolong buang lepas makan. Hanya OKU (orang kelainan upaya) tak buang lepas makan

Bukan main! Apa yang korang rasa lepas baca notis macam ni?

Rata-rata netizen menganggap bahawa notis yang dibuat itu seolah-olah menghina golongan orang kurang upaya (OKU) dan mengatakan kalau nak buat peringatan sekalipun, tak perlu sampai begitu.

Walau bagaimanapun, pihak kedai serbaneka yang dipercayai adalah Family Mart di NU Sentral itu telah membuat permohonan maaf.

image is not available

Tak reti nak mengemas ni bukannya disebabkan golongan OKU, tapi ianya adalah golongan yang pemalas. Kah!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.