Viral Video Tikus Jamah Ayam Goreng Di Kedai Makan, Restoran Di Pandan Indah Diarah Tutup 14 Hari

LocalFood
25 Dec 2022 • 5:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Beberapa hari lepas, sebuah video yang menunjukkan seekor tikus sedang menjamah ayam goreng di sebuah kedai makan telah tular di media sosial sehingga ramai warganet yang mengatakan mereka tidak mahu lagi makan di kedai mamak.

image is not available

Hari ini, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti restoran berkenaan dan pigak mereka juga telah mengarahkan premis makanan yang terletak di Pandan Indah, Kuala Lumpur itu untuk ditutup selama 14 hari.

Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia Isu Viral Video Tikus Menjamah Ayam Goreng

Posted by KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA on Saturday, December 24, 2022

 

Dalam kenyataan yang dikongsikan menerusi Facebook KKM, difahamkan pegawai Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan terhadap premis tersebut pada 24 Disember 2022.

Menurut KKM, pemeriksaan tersebut juga mendapati bahawa kebersihan kedai makan itu tidak memuaskan.

image is not available

Selain diarahkan untuk ditutup selama 14 hari bermula semalam (24 Disember) sehingga 6 Januari depan, kedai makan itu juga telah mendapat enam notis kompuan kerana gagal dalam beberapa aspek kawalan penyediaan makanan yang bersih dan selamat.

Walau bagaimanapun, nama restoran berkenaan tidak didedahkan oleh pihak KKM.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.