Tampil jelaskan keadaan, netizen minta suami Kieda Crepe didik isteri jaga adab

10 May 2025 • 3:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Tampil jelaskan keadaan

Suami kepada usahawan sensasi, Kieda Crepe, Hilmi Zaki tampil jelaskan keadaan susulan tular video isterinya bertemu dengan pelanggan yang didakwa memberikan ulasan buruk terhadap produknya.

@amykiedamerchadise

Semoga dipermudahkan segala urusan @KC CREPE PENANG . In sha Allah , Allah Maha Baik . Berbalik kepada Niat kita.. @KiedaCrepeHouse @KIEDACREPETOUR

♬ original sound - AMY KIEDA MERCHANDISE - AMY KIEDA MERCHANDISE

Suami tampil jelaskan keadaan

Menerusi video yang dikongsi Hilmi Zaki di akaun TikTok Amy Kieda Merchandise, dia telah tampil jelaskan keadaan dan mengatakan dirinya sendiri yang menggalakkan isteri untuk bertemu dengan pelanggan tersebut bagi menjernihkan keadaan.

Staf B menghina makanan, tak sedap tak apa. Sedap itu subjektif. Tolonglah jangan tutup periuk nasi peniaga mana sekali pun. Tapi yang menyebabkan Kieda ambil serius sebab dalam kapsyen dia tu tulis “Kieda Crepe game customer,”ujarnya.

Tampil jelaskan keadaan, galakkan isteri ambil tindakan

Jelasnya, pihak Kieda Crepe hanya ingin menegakkan kebenaran apabila dituduh mempermainkan pelanggan walaupun sedar bahawa sebagai peniaga mereka perlu mendengar kritik dan saranan dari pembeli produk.

Namun, tindakan pelanggan tersebut dikatakan melampaui batas sehingga mereka perlu mengambil tindakan.

“Berkaitan bad review, selama 3 tahun saya berada di Kieda Crepe nak bagi 1/10 ke, 2/10 ke atau tak kena di tekak ke itu adalah hak pembeli. Wallahi Kieda Crepe tak pernah take serius benda ni dan kami ambil untuk perbaharu produk,”katanya lagi.

Netizen minta Kieda jaga adab

Walau bagaimanapun, penjelasan yang dibuat oleh Hilmi Zaki menuai lagi komen-komen negatif apabila masing-masing meminta agar dia mengambil peranan mendidik isteri supaya lebih menjaga adab.

Mereka juga mengatakan ini bukan kali pertama Kieda bersikap sebegitu dan kronologi setiap isu juga hampir sama apabila pihak suaminya yang akan tampil membuat penjelasan selepas keadaan semakin ‘parah’.

image is not available

Kalau dah hantar suami bersuara maknanya episod dah nak selesai

image is not available

Crepe sedap tapi attitude isteri agak keterlaluan

image is not available

Didik isteri jangan angkuh dan sombong

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial apabila usahawan makanan itu telah bertemu dengan seorang pelanggan yang membuat ulasan terhadap produk di kedainya.

Dalam video terbabit, wajah pelanggan tersebut telah didedahkan dan diminta membuat permohonan maaf secara terbuka sehingga menuai pelbagai komen negatif terhadap tindakan Kieda.

Sumber: TikTok Amy Kieda Merchandise