
Kota Kinabalu: “Tamu” (pasar) Sabah yang terkenal, popular dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong untuk membeli dan menjual produk pada hari-hari tertentu di banyak pekan dan kampung, kini ke alam digital – hasil usaha Kerajaan Negeri membangunkan ekonomi digital Sabah yang turut menampilkan SabahTAMU, antara lain.
Ekonomi Digital Sabah merupakan inisiatif Kerajaan Negeri untuk memacu pertumbuhan perniagaan menggunakan platform digital.
Ekosistem platform hab perniagaan ini menampilkan BizSABAH yang merupakan portal halaman maklumat perniagaan dan pelaburan di Sabah; BizSABAH:VEP yang merupakan Platform Penglibatan Mayanya; BIZSABAH:ESG iaitu laman web untuk Penilaian Kemampanan untuk PKS; dan SabahTAMU yang merupakan Pasar Digital Sabah.


