Tanah Jerlus Masjid India: Anak Sahkan Wajah Mangsa

27 Aug 2024 • 8:25 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Anak lelaki mangsa kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Surya, mengesahkan kesahihan wajah ibunya, Vijayaletchumy, 48.

Anak Sahkan Wajah Ibu

“Ya, betul, itu ibu saya,” katanya ringkas ketika ditemui Astro AWANI pada Isnin.

Wartawan: Ini gambar ibu kamu? Surya: Ya betul. Wartawan: Kamu boleh cakap (bahasa) Tamil? Surya: Boleh, sikit-sikit (sambil mengangguk)

Lebih Tenang

Melihat raut wajah jejaka berusia 20-an itu, dia kelihatan lebih tenang dan emosinya stabil berbanding hari pertama kejadian.

Setakat pukul 8 malam, Surya masih lagi menunggu di perkarangan lokasi kejadian untuk mengetahui perkembangan semasa dan sangat mengharapkan agar ibunya dapat ditemukan dalam masa terdekat.

Pada kejadian pagi Jumaat, seorang mangsa warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy hilang selepas terjatuh di dalam lubang sedalam lapan meter akibat kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarganya untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan kaki melalui kawasan berkenaan menuju ke sebuah kuil berhampiran sebelum kejadian itu berlaku.


Sumber: AWANI