Tanah Melayu tak pernah hilang! Akmal Saleh bidas Chang Khim, minta kaji semak fakta

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 11:19 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh menegaskan nama Tanah Melayu masih kekal diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan.

Ia sekali gus menolak dakwaan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang menyatakan istilah berkenaan telah berakhir selepas kewujudan Perlembagaan.

Mengulas perkara itu, Akmal mempersoalkan kenyataan Chang Khim dan menyifatkannya sebagai tidak berasas kerana tidak mengambil kira pindaan Perlembagaan yang dibuat sebelum ini.

“Saya terbaca kenyataan daripada veteran Teng Chang Khim yang mana baru-baru ni baru dilantik sebagai pengerusi SME Corp, yang menyatakan dia bahawa nama Tanah Melayu ni dah berakhir apabila Perlembagaan Persekutuan dah ada.
“Maksudnya siap tulis titik full stop lagi ni. Maksudnya dia rasa Tanah Melayu ni, nama Tanah Melayu tu dah tak ada dah. Siap letak full stop,”soalnya.

Image from: Tanah Melayu tak pernah hilang! Akmal Saleh bidas Chang Khim, minta kaji semak fakta

Dalam pada itu, Akmal turut menggesa Chang Khim supaya membuat semakan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara yang melibatkan Perlembagaan negara.

“Ini, saya nak beritahu kepada Teng Chang Khim, kalau kamu nak buat kenyataan, kajilah dulu.
“Selidiklah dulu,” ujarnya.

Image from: Tanah Melayu tak pernah hilang! Akmal Saleh bidas Chang Khim, minta kaji semak fakta

Beliau menjelaskan, pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 2021 membuktikan istilah Tanah Melayu masih terkandung dalam peruntukan berkaitan pembentukan Persekutuan Malaysia.

“Pindaan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dalam fasal 1 dan bergantikan dengan fasal 2.
“Yang itu sebelum ni ada fasal 1 sahaja. Jadi fasal 1 ni diganti dengan fasal 2 yang mana dalam fasal 2 menyatakan bahawa Negeri-Negeri Persekutuan terdiri daripada… pertama Negeri-Negeri Tanah Melayu dan yang kedua terdiri daripada Negeri-Negeri Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,” katanya.

Image from: Tanah Melayu tak pernah hilang! Akmal Saleh bidas Chang Khim, minta kaji semak fakta

Menurut Akmal, kedudukan tersebut jelas menunjukkan nama Tanah Melayu tidak pernah terhapus daripada Perlembagaan Persekutuan.

Artikel lain: “Sudah-sudahlah menipu rakyat…”- Akmal Saleh dakwa DAP ketandusan idea

“Maksudnya apa wahai Teng? Maksudnya Tanah Melayu ni, nama Tanah Melayu ni tidak hilang daripada Perlembagaan dan masih lagi diiktiraf sebagai Tanah-Tanah Melayu.
“Negeri-negeri yang aku sebut tadi tu itu masih lagi dikenali sebagai negeri-negeri Tanah Melayu. Nak bagi kamu tahu ni, negara kita ni Malaysia ni terdiri daripada dua negeri-negeri Tanah Melayu dan juga negeri-negeri Borneo,” tegasnya.

Dalam pada itu, Akmal turut mengkritik pihak yang didakwa mempertikaikan penggunaan istilah Tanah Melayu, selain mengaitkannya dengan isu penyatuan orang Melayu.

“Kali ni, eh, nama Tanah Melayu pun kamu takut dan kamu alergik sangat. Dah kenapa kamu ni?” soalnya.

Sumber: FB Akmal Saleh

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved