Akmal bidas Chang Khim dakwa Tanah Melayu sudah ‘tamat’

LocalPolitics
29 Jul 2026 • 1:51 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Akmal bidas Chang Khim dakwa Tanah Melayu sudah ‘tamat’

PETALING JAYA: Pemuda UMNO membidas kenyataan veteran DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa nama Tanah Melayu telah berakhir selepas Perlembagaan Persekutuan berkuat kuasa.

Ketuanya, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, Chang Khim seharusnya melakukan kajian terlebih dahulu sebelum membuat hantaran itu.

Beliau berkata, Perlembagaan Persekutuan telah dipinda pada 2021 dalam Fasal 1 dan digantikan dengan Fasal 2 yang menyatakan bahawa negeri-negeri Persekutuan terdiri daripada negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri-negeri Borneo

“Jadi, kalau kamu nak buat kenyataan, semak dahulu fakta, jangan melalut sana-sini, mentang-mentang baru dilantik sebagai pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sudah konon-konon terpaling nak buat kenyataan.

“Nama Tanah Melayu tidak hilang daripada Perlembagaan Persekutuan dan masih lagi diiktiraf. Saya nak bagi tahu kamu, apa yang nak ditakutkan sangat? Sebelum ini takut dengan penyatuan orang Melayu, kali ini nama Tanah Melayu pun kamu takut,” katanya menerusi klip video di Facebook.

Semalam, Chang Kim menerusi hantaran di Facebook miliknya menulis: “Perkara 1(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Persekutuan hendaklah dikenali sebagai Malaysia. Nama Tanah Melayu berakhir dengan berkuatkuasanya Perlembagaan Persekutuan. Titik.”

Chang Kim turut memuat naik tangkap layar sebahagian Perlembagaan Persekutuan dalam hantaran tersebut.

Namun, tulisan itu dipadam selepas beberapa jam kemudian.-UTUSAN

The post Akmal bidas Chang Khim dakwa Tanah Melayu sudah ‘tamat’ appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved