Tanah Runtuh Batang Kali: Ini Senarai 30 Nama Mangsa Yang Meninggal Dunia Dalam Tanah Runtuh

24 Dec 2022 • 10:20 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Identiti mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali pada minggu lalu akhirnya telah dikenal pasti.

image is not available

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah berkongsi menerusi akaun Twitter rasmi mereka senarai nama mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian terbabit semalam.

Memetik laporan Astro AWANI, empat kaedah telah digunakan untuk mengenal pasti mangsa dan antara kaedah tersebut ialah cap jari, gigi, pengecaman oleh waris termasuklah tanda unik pada badan mangsa dan barangan peribadi mangsa dan padanan asid deoksiribonukleik (DNA).

Proses bedah siasat untuk semua mayat juga telah selesai dijalankan, dikenal pasti dan diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buluh, – NADMA

Mangsa-mangsa yang terkorban itu turut membabitkan 12 orang kanak-kanak setakat ini (ketika artikel ini ditulis).

image is not available

Sama-sama kita doakan agar ahli keluarga mangsa dapat menghadapi ujian ini dengan tabah.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.