Tanah Runtuh: Operasi Cari Mangsa Terakhir Ditangguh Akibat Hujan Lebat

23 Dec 2022 • 9:48 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Operasi SAR di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali ditangguhkan sementara petang tadi, susulan hujan lebat. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm, Jalan Genting, Batang Kali ditangguhkan sementara petang tadi, susulan hujan lebat.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata, operasi itu terpaksa ditangguhkan sementara kira-kira jam 5.40 petang untuk keselamatan petugas SAR di lapangan.

“Ini berikutan keadaan di tapak pencarian yang tidak stabil dan boleh membahayakan keselamatan mereka,” katanya ketika dihubungi.

image is not available
Suffian Abdullah

Terdahulu, pasukan SAR memulakan usaha pencarian mangsa terakhir yang juga seorang kanak-kanak lelaki pada jam 8 pagi tadi dengan memfokuskan pencarian di Sektor C (River Side).

Sejak operasi SAR dimulakan Jumaat lalu, sebanyak 30 mangsa ditemui meninggal dunia, manakala 61 selamat dan satu masih hilang dengan jumlah keseluruhan 92 mangsa terbabit dalam insiden itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, purata penggalian di setiap sektor kini sudah melebihi 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kawasan tapak perkhemahan tersebut.

“Kekuatan keanggotaan bomba bertugas hari ini adalah 70 orang dan kita memfokuskan pencarian di sektor C, iaitu kawasan riverside.

“Kekuatan keseluruhan pasukan SAR adalah 91 orang daripada pelbagai agensi dengan menggunakan sembilan eskevator dan sembilan Anjing Pengesan (K9),” katanya. - Getaran, 23 Disember 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved