Tanah runtuh di Kajang, enam kenderaan terjejas

12 Oct 2026 • 10:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tanah runtuh di Kajang, enam kenderaan terjejas

KAJANG – Enam kenderaan terjejas selepas tembok penahan tanah dianggarkan setinggi lima meter runtuh di Jalan Nilam di sini, kira-kira pukul 5 petang tadi.

Kejadian itu melibatkan tiga buah kereta iaitu Proton Saga, Proton Satria dan Proton Wira serta tiga motosikal jenis Yamaha Nouvo, Honda Wave dan Yamaha Lagenda.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila tembok penahan berkenaan gagal menahan pergerakan tanah susulan hujan lebat yang melanda sejak pukul 3 petang.

“Runtuhan tanah tersebut menghempap kenderaan yang diletakkan berhampiran lokasi kejadian.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca sebenar kejadian masih dalam pemeriksaan dan siasatan lanjut pihak berkuasa. – KOSMO! ONLINE

The post Tanah runtuh di Kajang, enam kenderaan terjejas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved