[VIDEO] Kanak-kanak 5 tahun maut, Perodua Bezza dirempuh BYD

LocalCars
12 Oct 2026 • 9:49 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: [VIDEO] Kanak-kanak 5 tahun maut, Perodua Bezza dirempuh BYD

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas kereta dinaiki bersama bapanya terlibat dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu, mangsa yang menaiki Perodua Bezza mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd Isa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika aliran trafik bergerak perlahan.

“Perodua Bezza yang dipandu lelaki berusia 30 tahun itu dilanggar dari arah belakang oleh sebuah BYD Seal sebelum pelanggaran tersebut yang turut melibatkan sebuah motosikal.

“Perodua Bezza kemudian berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain iaitu Nissan Almera, Toyota Alphard dan Perodua Myvi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pemandu Perodua Bezza mengalami luka di tangan kanan, manakala penunggang motosikal Yamaha 135LC berusia 33 tahun cedera di bahagian kepala.

Katanya, Kedua-dua mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di HKL.

“Pemandu Nissan Almera berusia 28 tahun, Toyota Alphard (37) dan pemilik Perodua Myvi, seorang wanita berusia 30 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Mohd Zamzuri berkata, pemandu BYD Seal berusia 24 tahun yang meninggalkan lokasi kejadian selepas kemalangan berjaya dikesan pihak polis.

Katanya, pemandu berkenaan kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara akibat kecederaan gegaran otak dan masih dalam pemantauan pegawai penyiasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Tun H.S. Lee di talian 03-2071 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

The post [VIDEO] Kanak-kanak 5 tahun maut, Perodua Bezza dirempuh BYD appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved