Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya KK

LocalEnvironment
15 Sep 2025 • 12:39 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Tanah Runtuh Dilapor Berlaku Dari Jalan Tanjung Lipat Ke Bandaraya KK

Satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku dari Jalan Tanjung Lipat ke Bandaraya Kota Kinabalu susulan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu.

Menerusi perkongsian di Orang Kita Sabahan di Facebook, kelihatan sebuah rumah hampir terjejas ketika kejadian tanah runtuh di lereng bukit berkenaan.

Tanah runtuh itu terus mengalir masuk ke dalam tasik sehingga menyebabkan air menjadi keruh, sekaligus menimbulkan kebimbangan penduduk sekitar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan mengikuti arahan pihak berkuasa tempatan.

image is not available

image is not available

image is not available

Tujuh kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit

Sebelum ini, Bernama melaporkan sebanyak tujuh kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Kampung Kopungit, Kepayan di sini sejak semalam dan dua rumah mengalami kerosakan.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu Ordine Gilu berkata pihaknya menerima laporan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kopungit mengenai situasi itu hari ini dan telah melakukan pemeriksaan bersama agensi-agensi terlibat.

Beliau berkata hasil pemeriksaan pegawai daripada Jabatan Mineral dan Geosains Sabah mendapati struktur tanah di kawasan itu tidak stabil.

“Sekiranya keadaan cuaca hujan berterusan kawasan berisiko tinggi berlaku runtuhan susulan yang mengancam keselamatan penduduk.

“Pasukan bomba dan agensi terlibat telah mengarahkan dua keluarga untuk berpindah ke Balai Raya Kampung Kopungit. Pemantauan berterusan dijalankan dan maklumat akan dikemas kini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Penduduk Mazlan Dullah, 37, menyatakan kebimbangannya terhadap keselamatan keluarga dan jiran-jiran di kawasan berkenaan dan setiap kali hujan penghantar barangan berasa risau.

“Kami tidak boleh tidur lena sejak kejadian tanah runtuh semalam. Setiap kali hujan, hati kami berdebar-debar kerana takut tanah runtuh lagi,” kata bapa kepada dua cahaya mata itu.

Rahmah Kitin, 45, seorang pembantu kedai memohon pihak berkuasa mencari penyelesaian jangka panjang, penduduk keberatan untuk berpindah kerana kawasan itu tanah warisan mereka.

“Kami juga bukan orang senang, tidak mampu untuk pindah ke rumah baharu,” katanya.