Tanah Runtuh Hanya 100 Meter Dari Rumah, Sharifah Shahirah Tak Tenang Setiap Kali Musim Hujan

Entertainment
15 Oct 2024 • 4:13 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seperti kita sedia maklum, cuaca hujan lebat berpanjangan pagi tadi telah menyebabkan berlakunya tanah runtuh dekat kawasan lereng bukit Jalan E6, Taman Melawati, Ampang pagi tadi.

Biarpun Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata tiada kemalangan jiwa berlaku, ia meninggalkan rasa cemas pada penduduk yang tinggal berhampiran di kawasan lereng bukit itu.

Antaranya penduduk yang paling dekat dengan kawasan itu ialah pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang dikatakan kedudukan rumahnya hanya 100 meter sahaja daripada kawasan tanah runtuh itu.

image is not available

Jelasnya, setiap kali musim hujan, dia tak lena tidur memikirkan kemungkinan tanah runtuh di kawasan perumahannya itu. Namun begitu, biarpun dalam keadaan berjaga-jaga, dia hanya mampu reda sahaja jika berlakunya sebarang bencana.

“Nak kata kemas barang-barang sebagai langkah berjaga-jaga tidak juga. Hanya mampu reda dan pasrah sahaja terhadap sebarang kemungkinan.”

“Tapi setiap kali musim hujan, mulalah tak lena tidur sebab senang berlaku banjir kilat dan tanah runtuh dekat sini.”

image is not available

Sharifah Shahirah sebelum ini ada kongsikan kejadian tanah runtuh itu yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Tambahnya, ia mungkin disebabkan faktor projek pembangunan yang sedang berjalan di kawasan tersebut.

“Sekarang ini memang banyak pembangunan termasuk di kawasan atas bukit itu. Kita pun tak boleh nak hentikan.”

Dia berharap agar hujan lebat itu tidak berterusan sepanjang hari sehingga boleh mengakibatkan bencana alam yang lebih serius.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.