Tanah runtuh IPG Gaya: Pengosongan serta-merta kuarters berhampiran

LocalEnvironment
18 Sep 2025 • 9:16 AM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available
KPM mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di IPG Kampus Gaya bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengarahkan pengosongan serta-merta bangunan kuarters berhampiran lokasi tanah runtuh di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya, Sabah bagi memastikan keselamatan semua warga kampus terjamin.

KPM dalam kenyataan memaklumkan, beberapa langkah segera turut diambil termasuk merobohkan blok bangunan yang terjejas untuk memberi laluan kepada binaan baharu.

Selain itu, menurut KPM, inisiatif menyewa premis luar berhampiran turut diambil agar aktiviti akademik dapat diteruskan tanpa gangguan serta kerja-kerja membina semula tangki air yang rosak juga dilaksanakan.

Kementerian itu juga memaklumkan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut yang telah mengakibatkan kerosakan bahagian cerun dan beberapa blok bangunan yang telah ditutup dan tidak didiami sejak Julai lepas atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

KPM turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas keprihatinan dan lawatan beliau ke IPG Kampus Gaya pada Rabu. - Bernama 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved