Tanah runtuh: Pengarah JBPM Selangor alami strok, keletihan

19 Dec 2022 • 9:23 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

BATANG KALI: Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis (gambar) yang terlibat sejak hari pertama operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini dikejarkan ke Hospital Selayang akibat keletihan dan strok ringan (minor stroke).

Pusat Gerak Operasi JBPM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan keadaan beliau terkawal dan masih sedarkan diri.

“Operasi mencari mangsa tetap dijalankan. Sama-samalah kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih. Semoga Dato Wira Merah (Norazam) diberikan kesembuhan segera,” menurut kenyataan itu.

Sejak hari pertama operasi SAR Jumaat lepas, Norazam merupakan antara individu paling sibuk di lokasi kejadian.

Daripada aspek operasi sehinggalah melayani media, Norazam sentiasa komited menjalankan tugas dengan cemerlang dan tidak pernah menunjukkan keletihan sepanjang berada di lokasi kejadian.-Bernama