
KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh berlaku di Blok D, Apartment Damai Perdana, Cheras di sini malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar, kejadian dipercayai disebabkan kebocoran air di bawah tanah.
Katanya, air masih mengalir di kawasan kejadian namun tiada pergerakan tanah dikesan oleh pasukan penyelamat.
“Pemantauan terhadap keadaan tanah dan aliran air sedang dijalankan.
“Tiada mangsa dilaporkan setakat ini dan pemakluman kepada Jabatan Kerja Raya telah dibuat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Ujarnya, panggilan mengenai kejadian diterima pada pukul 9.03 malam sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn tiba di lokasi lapan minit kemudian. – KOSMO! ONLINE
The post Tanah runtuh: Penghuni diarahkan kosongkan kediaman appeared first on Kosmo Online.






