Tanah runtuh : Tempoh pengosongan bergantung laporan penilaian keselamatan

23 Sep 2026 • 3:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tanah runtuh : Tempoh pengosongan bergantung laporan penilaian keselamatan

KUALA LUMPUR: Tempoh pengosongan kediaman bagi penduduk Blok D di sebuah pangsapuri di Bandar Damai Perdana, Cheras di sini susulan insiden tanah runtuh malam tadi, dijangka bergantung kepada laporan penilaian keselamatan struktur iaitu sama ada bangunan terbabit masih selamat untuk diduduki atau sebaliknya.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Zon 6, Tan Kah Hoe berkata, laporan berkenaan pula juga dijangka mengambil masa beberapa hari untuk disiapkan.

Menurut beliau, agensi teknikal dalam penyediaan laporan penilaian itu melibatkan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).

“Ia bergantung kepada laporan daripada agensi-agensi teknikal yang saya sebutkan tadi, iaitu JKR, JPS, dan JMG, kerana ketika ini kita masih belum mengetahui sama ada struktur bangunan itu masih selamat untuk didiami atau tidak.

“Saya sedang mendesak agensi-agensi berkenaan supaya laporan itu disiapkan secepat mungkin. Mereka memaklumkan ia dijangka mengambil masa beberapa hari,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, kira-kira 80 penduduk membabitkan 45 unit kediaman di Blok D pangsapuri berkenaan diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing serta-merta susulan runtuhan cerun berhampiran bangunan itu yang dilaporkan berlaku pada kira-kira 8 malam tadi.

Penduduk yang terjejas akan ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Orang Ramai Desa Baiduri.-UTUSAN

The post Tanah runtuh : Tempoh pengosongan bergantung laporan penilaian keselamatan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved