Tanah runtuh: Taman Hutan Hujan Sandakan ditutup sementara

LocalEnvironment
18 Jan 2025 • 2:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Winnie Kasmir

SANDAKAN: Taman Hutan Hujan Sandakan (Hutan Simpan Kebun Cina) ditutup sementara bermula 16 Januari sehingga penyelenggaraan selesai.

Ketua Konservator Hutan, Datuk Frederick Kugan dalam kenyataannya berkata, penutupan ini disebabkan berlakunya tanah runtuh berdekatan tiang Grid Line SESB yang berisiko tumbang.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kejadian tanah runtuh tersebut diakibatkan hujan lebat tanpa henti ekoran luruan monsun yang melanda Sandakan sejak malam Rabu.

Tanah runtuh itu turut menjejaskan kawasan perumahan Taman Indah Jaya yang dibina berdekatan lereng bukit tersebut.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Jelas Frederick, pihaknya mengambil langkah awal dengan menutup sementara hutan rekreasi tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini kepada pengunjung.

Sementara itu, Adun Elopura Calvin Chong berkata pihak berkuasa, khususnya Kerajaan Negeri, perlu lebih peka terhadap insiden tanah runtuh yang berlaku di kawasan belakang rumah penduduk di Taman Indah Jaya, khususnya Lorong 2, 13, 24, 27, 28 dan 37.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Pihak berkuasa harus menjalankan penilaian risiko dengan melantik pasukan teknikal untuk menilai tahap risiko tanah runtuh di belakang kawasan perumahan Taman Indah Jaya.

“Kejadian ini bukan pertama kali berlaku dan menimbulkan kebimbangan kepada penduduk setempat, malah berpotensi membawa risiko keselamatan yang serius,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Calvin turut menerima aduan bahawa tanah runtuh tersebut telah menyebabkan kerosakan kepada struktur rumah penduduk yang berhampiran.

“Kerja pemulihan perlu segera dilaksanakan dengan pengukuhan cerun dan pemulihan kawasan terjejas,” tambahnya.