Tanda Harga Tempatan Lenovo Legion Go Diperlihatkan – Dua Model, Bermula Dari RM3099

TechnologyDigital
22 Oct 2023 • 1:41 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Baru-baru ini, Lenovo telah memperlihatkan konsol permainan komputer Lenovo Legion Go mereka, yang tampil dengan paparan skrin Lenovo PureSight 8.8 inci beresolusi QHD+ dan kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Hari ini, kami telah menerima maklumat bahawa konsol Lenovo Legion Go ini sudahpun mula ditawarkan oleh Lenovo Malaysia secara senyap melalui laman web mereka. Dua model diperlihatkan, satu yang dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen Z1, dan satu lagi model dengan CPU AMD Ryzen Z1 Extreme.

Dari segi spesifikasi lain, kedua-dua konsol yang ditawarkan ini juga dilihat hadir dengan memori LPDDR5 16GB dan juga storan SSD PCIe Gen4 sebesar 512GB, yang boleh dinaiktarafkan oleh pengguna sehingga storan sebesar 2TB jika diingini.

Ia juga mempunyai pengawal permainan yang boleh dicabut seakan-akan konsol permainan Nintendo Switch, dan menggunakan pengawal analog Hall Effect untuk ketahanan yang lebih baik.

image is not available

Dari segi tanda harga, model konsol Legion Go dengan CPU AMD Ryzen Z1 diperlihatkan pada harga RM3099, manakala tanda harga untuk model Legion Go dengan CPU AMD Ryzen Z1 Extreme pula diperlihatkan pada tanda harga RM3399.

Menariknya, konsol Lenovo Legion Go ini sudahpun boleh dibeli melalui laman web tersebut, tetapi memperlihatkan nota yang mengatakan bahawa pembeli akan perlu menunggu sekurang-kurangnya 10 minggu untuk penghantaran. Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah ia akan mula dipasarkan ke Malaysia.

image is not available

Jika anda berminat untuk mendapatkan konsol ini, anda boleh melayari laman web Lenovo Malaysia.