Persatuan Polo Sabah nafi abai kuda

21 Oct 2023 • 3:33 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Persatuan Polo Sabah menjelaskan bahawa kuda kurus kering yang tular baru-baru ini bukan milik mereka.

Pengerusinya, Johnson Or, berkata mereka telah menerima banyak panggilan yang menuduh Persatuan itu menganiaya dan mengabaikan kuda-kuda mereka.

“Persatuan Polo Sabah ingin memperjelaskan salah faham ini, bahawa kuda-kuda itu bukan milik kami dan Persatuan juga tidak mengabaikan atau menganiaya kuda-kudanya,” katanya pada sidang media, di sini, Khamis.