“Tandas Dia Besar Rumah Aku” – Nabila Razali Buat ‘House Tour’, Netizen Tergamam Lihat Kemewahan Dimiliki

23 Feb 2023 • 11:12 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui platform TikTok baru-baru ini, tular video pelakon, Nabila Razali membuat house tour kediaman barunya hasil daripada titik peluh kerjaya dalam industri seni selama ini.

Dapat dilihat dalam video tersebut, Nabila membawa peminatnya lihat ruang dalaman dalam rumah itu seperti ruang tamu, dapur, bilik air serta bilik tidur.

Pelakon yang kini berusia 31 tahun itu memilih konsep serba putih untuk kediaman banglo dua tingkat tersebut.

Dengan kemewahan yang dimiliki, ramai netizen meluahkan rasa teruja sewaktu ‘dibawa’ oleh Nabila ke dalam kediaman itu serta memuji ianya kelihatan kemas.

image is not available

image is not available

image is not available

Sekadar info, Nabila Razali mula berkecimpung dalam industri seni sewaktu menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-10 pada tahun 2013 dan selepas itu, beliau melibatkan diri dalam bidang lakonan hingga ke hari ini.

image is not available 1 bulan lalu

"Kerja-Kerja Macam Tu Biar Netizen Yang Buat" - Nabila Razali Minta Rakan Artis Jadi Contoh Yang Baik