Tular Video ‘Anteater’ Di Miri, Sarawak, Rupanya Video Asal Berlaku Di Brazil

Entertainment
18 Feb 2023 • 1:49 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Setiap yang kita lihat atau tonton di media sosial, sebenarnya bukan semua betul dan kita sebolehnya elak untuk percaya seratus peratus. Itulah yang berlaku baru-baru ini, dimana tular sebuah video di media sosial yang mendakwa seekor haiwan aneh berkeliaran di Miri, Sarawak.

Haiwan yang tular dalam video tersebut dikenali dengan nama anteater. Walau bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah dipadam oleh si pemuat naik.

image is not available

 

Tampil memberikan penjelasan, seorang netizen dengan nama @climateaidil memaklumkan haiwan itu adalah Giant Anteater. Tambah beliau lagi, haiwan itu hanya ditemui di benua Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Sekiranya haiwan itu benar ditemui di Miri, Sarawak seperti dakwaan pemuat naik video, berkemungkinan besar haiwan itu telah berjaya melarikan diri dari zoo atau sebarang kemungkinan lain.

image is not available

Menerusi tweet tersebut, ada juga netizen yang menyertakan sumber asal video haiwan yang berkeliaran itu. Rupanya, video yang dirakam itu bukanlah berlaku di Miri seperti yang didakwa. Sebenarnya video itu dirakam di Brazil. Korang boleh tengok video asal yang dimuatnaik oleh @belezasdopara di bawah.

Pengajaran dari video ini ialah kita jangan terus percaya bulat-bulat setiap video yang dimuat naik di media sosial dan mendakwa sesuatu yang diluar pengetahuan kita.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.