Tang Jie-Ee Wei lakar sejarah, rangkul gelaran Masters Indonesia

25 Jan 2026 • 4:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tang Jie dan Ee Wei dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam pertarungan tiga set.

GANDINGAN beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, mempamerkan semangat juang luar biasa apabila bangkit daripada ketinggalan untuk merangkul gelaran juara Masters Indonesia, sebentar tadi.

Kejayaan di Istora Senayan itu menyaksikan pasangan ranking keempat dunia tersebut melakar sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara yang berjaya merangkul gelaran pada kejohanan berkenaan.

Dalam aksi final yang berlangsung pada Ahad, Tang Jie dan Ee Wei dipaksa mengerah keringat sebelum berjaya menundukkan wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje, dalam pertarungan tiga set.

Pasangan negara bermula agak perlahan apabila tewas 15-21 pada set pertama.

Namun, mereka memperkemaskan permainan dan bangkit dengan aksi lebih agresif untuk memenangi dua set berikutnya dengan keputusan 21-17, 21-11.

Kemenangan ini cukup bermakna kerana ia merupakan gelaran pertama tahun ini buat pasangan negara itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved