⁠”Tangguh dulu perhimpunan ‘Justice For Zara’ sehingga inkues selesai” – Peguam Ibu Zara Qairina

Entertainment
13 Sep 2025 • 3:01 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Semua bentuk perhimpunan aman berkaitan solidariti Justice For Zara diminta ditangguhkan sehingga prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir selesai sepenuhnya.

Permintaan itu dibuat bagi menghormati proses kehakiman yang sedang berjalan.

Barisan peguam yang mewakili keluarga Allahyarham menjelaskan, keluarga menghargai sokongan orang ramai melalui penganjuran perhimpunan aman dan sumbangan dana bagi menampung kos melantik pakar dalam pelbagai bidang.

Namun, mereka menegaskan keutamaan kini adalah memberi ruang kepada mahkamah untuk meneliti keterangan dengan adil.

image is not available

Pada masa sama, orang ramai turut diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika memberi ulasan atau kritikan di media sosial mengenai prosiding inkues.

Langkah ini penting untuk mengelakkan risiko subjudis dan memastikan perjalanan inkues tidak diganggu oleh kenyataan yang boleh mencetuskan salah faham.

Peguam juga menzahirkan kebimbangan terhadap tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mungkin menggunakan slogan atau nama Zara untuk tujuan lain.

Justeru, mereka menasihatkan semua pihak agar menunggu sehingga prosiding selesai sebelum meneruskan sebarang bentuk perhimpunan solidariti.

Prosiding inkues kematian Zara Qairina bermula pada 3 September lalu dan berlangsung selama 17 hari.

Setakat ini, enam saksi telah dipanggil memberi keterangan, manakala dua lagi saksi dijadualkan tampil pada prosiding akan datang.

Sumber: Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.