Tangkapan satu penagih sehari, lokap di Kelantan masih mampu tampung tahanan dadah

2 Aug 2026 • 3:48 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tangkapan satu penagih sehari, lokap di Kelantan masih mampu tampung tahanan dadah

KOTA BHARU: Polis memberi jaminan kapasiti lokap di 56 buah balai polis di negeri ini masih mencukupi dan tidak berdepan masalah kesesakan bagi pelaksanaan tangkapan seorang penagih dadah setiap hari yang bermula 15 Julai lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, setakat ini tiada isu lokap polis penuh kerana jumlah tahanan masih mampu ditampung.

“Alhamdulillah, keadaan lokap masih mencukupi dan tidak timbul sebarang masalah.

“Kita sudah membuat pelan strategik dan bersasar iaitu ketua balai tangkap penagih di kawasannya manakala Ketua Bahagian Narkotik Daerah dan Ketua Jabatan Narkotik Kontinjen menyasarkan pengedar termasuk tokan besar,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Permuafakatan Polis Diraja Malaysia Bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di JPN Kelantan, Tunjong di sini hari ini.

Mohd. Yusoff Mamat memberitahu, meskipun kes dadah di Kelantan mencatatkan penurunan, langkah tangkapan seorang penagih setiap hari tetap perlu dilakukan sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, tangkapan perlu dijalankan kerana masih banyak dalam kalangan masyarakat bercakap mengenai kes dadah dan penagih yang berleluasa di negeri ini.

Utusan Malaysia 21 Julai melaporkan, semua 56 ketua balai polis di seluruh negeri ini perlu menangkap seorang penagih setiap hari menerusi pelan strategik baharu membanteras dadah yang mula dilaksanakan sejak 15 Julai lalu.

Ketua Polis negeri Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, ia bagi memastikan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah menjadi lebih berkesan melalui kaedah secara berfokus.-UTUSAN

The post Tangkapan satu penagih sehari, lokap di Kelantan masih mampu tampung tahanan dadah appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved