Tiada tangkapan pelarian Rohingya di luar pejabat UNHCR - Polis KL

LocalPolitics
2 Aug 2026 • 9:45 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tiada tangkapan pelarian Rohingya di luar pejabat UNHCR - Polis KL
Etnik Rohingya terdiri daripada lapisan umur berkumpul di hadapan pejabat UNHCR di Jalan Bukit Petaling, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR - Polis menegaskan tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap kumpulan pelarian Rohingya yang berhimpun di luar pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kumpulan itu hanya diperiksa bagi tujuan dokumentasi.

"Mereka tidak ditahan dan tiada tangkapan dibuat tetapi hanya diperiksa dan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bagi tujuan dokumentasi dan dibebaskan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Penjelasan itu bagi membetulkan laporan media antarabangsa yang mendakwa kumpulan pelarian tersebut ditahan selepas tiba di ibu negara dengan menaiki bas selepas diusir dari penempatan mereka di Pulau Pinang.

Pada 29 Julai, Fadil berkata, kumpulan pelarian itu dipindahkan secara berperingkat ke tiga negeri yang ditetapkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan UNHCR.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 5,000 pelarian Rohingya yang berada di Malaysia hasil rundingan dan hubungan baik kedua-dua negara.

Setakat penghujung Februari lepas, kira-kira 126,000 pelarian Rohingya dilaporkan berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved