Tapir 200 kilogram maut dirempuh Mitsubishi Triton

EnvironmentCars
30 Oct 2026 • 11:24 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tapir 200 kilogram maut dirempuh Mitsubishi Triton

DUNGUN – Seekor tapir betina dewasa seberat kira-kira 200 kilogram muat dirempuh sebuah kenderaan pikap, Mitsubishi Triton di Jalan Dungun-Bukit Besi, berhampiran Kampung Serdang, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 8.30 malam itu, pemandu dan penumpang kenderaan Mitsubishi Triton terselamat tanpa sebarang kecederaan.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, anggota Perhilitan daerah Dungun bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat insiden berkenaan.

“Pemeriksaan pada bangkai tapir itu menemukan kesan kecederaan pada bahagian kepala selain calar pada badannya.

“Bangkai tapir tersebut kemudiannya telah diambil bagi tujuan pelupusan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Choon Yung berkata, tapir tersebut dipercayai tersesat dari Hutan Simpan Bukit Bauk berhampiran yang terletak kira-kira meter dari lokasi kejadian.

Beliau berkata, papan tanda hidupan liar melintas jalan telah dipasang kira-kira 100 meter dari lokasi kemalangan. – KOSMO! ONLINE

The post Tapir 200 kilogram maut dirempuh Mitsubishi Triton appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved