Tarif tidak jejas kepentingan hubungan Malaysia-AS- PM

LocalPolitics
25 Nov 2026 • 12:15 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Tarif tidak jejas kepentingan hubungan Malaysia-AS- PM

KUALA LUMPUR: Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) perlu terus diperkukuhkan meskipun terdapat kebimbangan berhubung isu tarif dan pelbagai retorik politik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, AS kekal sebagai rakan dagang dan pelaburan nombor satu Malaysia, sekali gus menjadikan hubungan kedua-dua negara penting untuk diteruskan.

“Walaupun terdapat pelbagai retorik politik dan kebimbangan besar yang kita hadapi berhubung tarif, Amerika Syarikat masih merupakan rakan perdagangan dan pelaburan nombor satu Malaysia.

“Saya percaya hubungan ini perlu diteruskan. Menerusi industri dan hubungan yang anda jalinkan, pastikan kita memperkukuh kerjasama ini demi kepentingan rakyat dan ekonomi negara,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pengumuman Armada Pesawat Baharu Malaysia Aviation Group (MAG) di sini hari ini.

Anwar berkata, sebagai sebuah negara perdagangan, Malaysia perlu terus menjalin hubungan dengan semua negara kerana pendekatan itu menjadi tunjang kepada ekonomi negara.

Katanya, Malaysia memperoleh manfaat besar daripada perdagangan terbuka, pelaburan dan kerjasama antarabangsa.

“Saya berpendapat Malaysia mempunyai keupayaan untuk memberikan tumpuan kepada kepentingan negara dan mengendalikan hubungan ini berdasarkan dasar luar kita yang menghormati kepentingan hubungan perdagangan serta prinsip kepusatan.

“Sebagai sebuah negara perdagangan, keperluan untuk menjalin hubungan dengan semua negara amat penting dan menjadi tunjang kepada ekonomi kita,” katanya.- UTUSAN

The post Tarif tidak jejas kepentingan hubungan Malaysia-AS- PM appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved