
Selalu kita dengar barang yang dibeli dalam talian lambat sampai sebab ada masalah dengan kurier penghantaran kan. Memang geram bila jadi macam ni, lebih-lebih lagi kalau kita nak guna barang yang dibeli tu secepat yang mungkin.
Situasi yang hampir sama turut berlaku kepada seorang lelaki berusia 67 tahun di England ini kerana bungkusan barang miliknya yang dihantar pada sembilan tahun lalu baru diterimanya baru-baru ini.
Menurut Daily Mail, Michael McQuaide telah menghantar bungkusan yang berisi vinyl wrap itu kepada seorang pelanggannya pada 23 Oktober 2013 menerusi khidmat syarikat penghantaran Royal Mail (macam Pos Laju jika di Malaysia) kerana pada ketika itu, McQuaide merupakan seorang penjual produk tersebut.

Namun, bungkusan barang tersebut tidak pernah sampai ke tangan pelanggan berkenaan yang beralamat di Bridgend, Wales.
Selepas sembilan tahun, bungkusan yang sama akhirnya dihantar semula ke rumah McQuiade dengan notis yang bertulis, ‘Barang ini tidak dapat dihantar ke rumah penerima’.
Nasib baik juga kerana alamat rumah McQuiade tidak berubah walaupun alamat kedainya telah bertukar sebanyak empat kali sepanjang perniagaannya dijalankan.

Lagi menarik perhatian apabila vinyl yang berada di dalam bungkusan itu juga masih berada dalam keadaan baik walaupun sembilan tahun telah berlalu.
Sumber: Daily Mail UK
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

