Tarikh Jualan TikTok Dilanjutkan 90 Hari Lagi Oleh Trump

TechnologyDigital
18 Jun 2025 • 5:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Biden kata pergi, Trump kata mari. Ini ialah situasi yang dihadapi oleh TikTok sejak Januari 2025 kerana pada asalnya perkhidmatan mereka diharamkan daripada Amerika Syarikat atas alasan keselamatan. Tempoh jualan syarikat kemudiannya ditangguhkan 75 hari oleh Presiden Trump dengan beberapa syarikat tempatan berminat untuk membeli platform dengan lebih 120 juta pengguna aktif bulanan di Amerika Syarikat.

image is not available

Hari ini White House mengesahkan Presiden Trump akan sekali lagi melanjutkan tempoh ini selama 90 hari lagi. Ini adalah bagi memastikan platform media sosial ini masih boleh digunakan di Amerika Syarikat sekaligus menepati janji Trump ketika pilihanraya untuk tidak mengharamkannya. Arahan eksekutif baharu ini akan dikeluarkan minggu ini menurut Setiausaha Akhbar White House Karoline Leavitt

Lanjutan yang dikeluarkan Trump tiga bulan lalu akan berakhir pada 19 Jun. Penjualan TikTok dijadikan buah catur dalam perbincangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China. Beberapa bulan lalu kedua-dua negara bersetuju mengurangkan tarif import dua hala sebanyak 115%. Walau bagainamapun persetujuan ini juga hanya untuk 90 hari sahaja dengan Trump ingin melakukan pertemuan degan Presiden Xi untuk persetujuan perdagangan jangka panjang.