Tarikh nikah Syed Saddiq, Bella dah dipersetujui keluarga

15 Jul 2026 • 12:21 AM MYT
MYBERITA
MYBERITA

Segalanya yang terkini, terbaik dan tepat untuk anda semua

Tarikh nikah Syed Saddiq, Bella dah dipersetujui keluarga

KUALA LUMPUR – Misteri mengenai tarikh perkahwinan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan penyanyi serta pelakon, Bella Astillah, bakal terjawab apabila kedua-dua keluarga sudah mencapai persetujuan mengenai hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, Syed Saddiq berkata, tarikh berkenaan belum boleh didedahkan kepada umum kerana beliau dan Bella mahu menghormati proses memaklumkan perkara itu terlebih dahulu kepada ahli keluarga serta kenalan rapat.

Menurutnya, keputusan mengenai tarikh pernikahan bukan hanya dipersetujui oleh mereka berdua, malah turut mendapat persetujuan daripada kedua-dua ibu bapa dan adik-beradik.

“Alhamdulillah keluarga terdekat termasuk kedua ibu bapa kami, sudah ada tarikh yang dipersetujui. Bukan setakat di antara kami berdua tetapi ibu bapa dan adik-beradik.

“Cuma kami tidak uar-uarkan sekarang kerana perlu hormati proses ini iaitu nak beritahu keluarga lain dan kawan-kawan terdekat terlebih dahulu.

“Jadi, memang akan ada prosesnya dan kami tidak akan umum terus kepada orang ramai,” katanya dalam podcast BASS hari ini.

Sementara itu, Bella mendedahkan hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinan mereka telah diberikan kepada Astro menerusi satu perjanjian yang dimeterai.

Katanya, orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan mengenai majlis berkenaan perlu menantikan pengumuman rasmi daripada stesen televisyen tersebut.

“Sebenarnya ramai tidak tahu majlis perkahwinan kami hak penyiaran Astro.

“Jadi, kalian perlu ikuti sebarang kemas kini mengenai majlis perkahwinan kami dengan Astro,” katanya.

Sebelum ini, Syed Saddiq memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun selepas menerima restu daripada kedua-dua ibu bapanya.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas hubungan mereka mendapat perhatian ramai dan menjadi antara pasangan selebriti serta tokoh politik yang paling mendapat liputan di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved