
Tarikh Permohonan & Bayaran BUDI Diesel RM200 Bagi Tahun 2026
BUDI MADANI yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak 2024 telah memberikan banyak manfaat kepada pengguna kenderaan di Malaysia.
Bagi BUDI MADANI Diesel, ia dilaksanakan untuk mengurangkan penyeludupan serta ketirisan subsidi diesel.
BACA: Cara Nak Mohon BUDI MADANI
Subsidi diesel diberikan kepada kenderaan pengangkutan barangan darat bagi mengekalkan harga barang yang stabil. Manakala, individu yang layak menerima bantuan secara tunai untuk membendung kenaikan kos sara hidup.
Terbaru, Kementerian Kewangan telah memaklumkan mengenai tarikh bayaran tunai RM200 BUDI DIESEL untuk tahun 2026.
“Bagi yang belum memohon, anda boleh semak kelayakan dan daftar pada bila-bila masa. Permohonan dibuka sepanjang tahun dan tiada tarikh tutup,” kata kementerian itu.
Berikut merupakan tarikh-tarikh penting yang perlu anda ambil tahu:


Bayaran tunai ini diberikan kepada dua golongan iaitu melibatkan BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi.
Syarat Permohonan
BUDI Individu
1. Warganegara Malaysia
2. Pendapatan tahunan individu atau pasangan RM100 ribu dan ke bawa
3. Kenderaan kegunaan persendirian (diesel) individu
4. Lesen Kenderaan Motor (Cukai Jalan) aktif
5. Kenderaan diesel diisytiharkan di Semenanjung Malaysia
6. Berdaftar di JPJ menggunakan nombor MyKad
Bantuan subsidi tunai disediakan kepada pemilik kenderaan diesel individu dengan syarat kelayakan tertentu. Bantuan ini dapat menampung kenaikan kos pengangkutan harian individu yang menggunakan kenderaan diesel.
Permohonan BUDI Individu adalah terhad secara dalam talian melalui portal rasmi BUDI Individu di https://budimadani.gov.my.
BUDI Agri-Komoditi
1. Bagi petani kecil, Individu/ Pertubuhan yang berdaftar dengan KPKM melalui sistem pendaftaran GeoAgro di pautan https://geoagro-register.kpkm.gov.my/ ataupun telah berdaftar dengan agensi berkaitan.
2. Individu/Pertubuhan yang merupakan pengusaha pertanian berskala kecil yang memiliki dan mengusahakan hasil pertanian makanan dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pengusaha pertanian kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil pertanian tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000.
3. Bagi pekebun kecil, Individu perlu berdaftar dengan agensi di bawah Kementerian Perladangan & Komoditi, seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi pekebun kecil persendirian, Lembaga Getah Malaysia (LGM) Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara, Lembaga Lada Malaysia
4. Pekebun kecil sawit dan getah persendirian melibatkan keluasan tanah 4.5 hektar ke bawah
5. Pekebun kecil koko, lada dan kenaf persendirian melibatkan keluasan tanah 2.5 hektar ke bawah
6. Individu yang merupakan pekebun kecil yang memiliki dan menghasilkan pengeluaran secara aktif dan berterusan. Bagi tujuan ini, pekebun kecil yang aktif ditakrifkan yang menjana nilai jualan hasil perladangan tahunan dari RM50,000 hingga RM300,000
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui Portal BUDI MADANI di pautan https://budimadani.gov.my, setelah pendaftaran dengan KPKM dan KPK selesai.
Sumber: X Kementerian Kewangan
The post Tarikh Permohonan & Bayaran BUDI Diesel RM200 Bagi Tahun 2026 appeared first on Siakap Keli.




