Pekerja Swasta Di Wilayah Persekutuan Dapat Cuti Berganda Sempena Hari Kelepasan Am

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 12:26 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pekerja sektor swasta boleh mendapat cuti umum berganda sempena Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2026.

Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Persekutuan telah mewartakan hari kelepasan am bagi tahun 2026 iaitu Hari Thaipusam dan Hari Wilayah Persekutuan pada tarikh berkenaan.

Dapat cuti berganda

image is not available

“Cuti Hari Wilayah Persekutuan adalah cuti yang wajib diberikan oleh majikan sektor swasta yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan kepada pekerja sebagaimana peruntukan seksyen 60D(1)(a)(iii) Akta Kerja 1955 [Akta 265] dan tidak boleh diganti.
“Memandangkan Cuti Hari Wilayah Persekutuan jatuh pada hari Ahad, maka majikan yang menetapkan hari Ahad sebagai rehat mingguan pekerja hendaklah memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Isnin),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

JTKSM turut menjelaskan majikan yang memilih cuti perayaan Hari Thaipusam sebagai baki enam hari kelepasan am yang dipilih sebagaimana subseksyen 60D(1)(a) Akta 265, perlu memberi cuti gantian pada hari bekerja berikutnya (Selasa) memandangkan terdapat pertindihan kedua-dua hari kelepasan am ini.

Dapat cuti berganda

image is not available

“Majikan juga boleh memberikan pekerja mana-mana hari lain sebagai hari kelepasan berbayar sebagai ganti dengan persetujuan pekerja sebagaimana seksyen 60D(1A).
“Pekerja yang diarah bekerja pada hari kelepasan am layak menerima kadar gaji bagi cuti am seperti yang ditetapkan dalam seksyen 60D(3),” ujarnya.

Sumber: Facebook @Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia Rasmi 

The post Pekerja Swasta Di Wilayah Persekutuan Dapat Cuti Berganda Sempena Hari Kelepasan Am appeared first on Borak Daily.