Larangan terhadap kenderaan berat menggunakan lebuhraya pada waktu tertentu adalah bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Di Kuala Lumpur, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melarang kenderaan berat dengan muatan (BDM) melebihi 7,500 kilogram memasuki jalan raya utama dari jam 6.30 pagi hingga 9.30 pagi setiap hari.
Namun demikian, masih terdapat pemandu lori yang ingkar dengan larangan ini.
Isnin lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor telah melakukan Operasi Laluan Terhad Kenderaan Perdagangan di Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Persekutuan di Shah Alam bagi tujuan memantau pematuhan terhadap larangan tersebut.
Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, sebanyak enam buah lori dikesan tidak mematuhi peraturan itu dan ada beberapa pemandu lori memberikan alasan bahawa mereka hanya mematuhi arahan dari majikan.
Akibat daripada pelanggaran ini, enam pemandu lori terbabit telah dikenakan saman.
JPJ Selangor akan terus melakukan rondaan untuk memastikan semua pihak, terutamanya pemandu kenderaan perdagangan, mematuhi peraturan larangan waktu terhad yang telah diwartakan.
Bagi mereka yang ingkar, tindakan kompaun boleh dikenakan dengan jumlah tidak melebihi RM300 atau mereka boleh didakwa di mahkamah dengan denda yang berkisar antara RM300 hingga RM2,000.
Sumber: Sinar Harian
The post ‘Tau salah, tapi tauke yang suruh jalan’ – 6 pemandu lori disaman JPJ appeared first on The Reporter.

