Tawaran penswastaan Tong Herr Resources 'tidak adil tetapi munasabah' – Mercury Securities

LocalBusiness & Finance
12 Oct 2026 • 5:43 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tawaran penswastaan Tong Herr Resources 'tidak adil tetapi munasabah' – Mercury Securities Image from: Tawaran penswastaan Tong Herr Resources 'tidak adil tetapi munasabah' – Mercury Securities sarah12/10/2026 - 17:43 Oleh SARAH NADLIN ROHIM editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Okt - Tawaran penswastaan Tong Herr Resources Bhd (Tong Herr) pada harga RM2.55 sesaham disifatkan sebagai “tidak adil tetapi munasabah” oleh penasihat bebas yang dilantik, Mercury Securities, yang mengesyorkan pemegang saham minoriti menerima tawaran berkenaan.

 

Menurut laporan The Edge, dalam pekeliling nasihat bertarikh Isnin, Mercury Securities berkata tawaran itu tidak adil kerana merendahkan nilai sebenar syarikat pengeluar bolt dan nat tersebut.

 

Menurutnya, nilai Tong Herr dianggarkan RM4.13 sesaham, manakala aset bersih terkini yang belum diaudit berjumlah RM3.44 sesaham setakat 30 Jun 2026.

 

Bagaimanapun, tawaran itu dianggap munasabah kerana memberi peluang kepada pelabur menjual pegangan pada harga premium berbanding harga sejarah, memandangkan saham Tong Herr kurang aktif didagangkan dan sukar dijual di pasaran.

 

Keluarga Tsai, yang merupakan pemegang saham pengawal Tong Herr, bercadang mengambil syarikat itu sebagai syarikat persendirian menerusi pelaksanaan pengurangan modal terpilih dan pembayaran balik modal.

 

Harga tawaran RM2.55 sesaham mewakili premium 34% berbanding harga terakhir saham sebelum tawaran itu diumumkan pada Ogos 2026.

 

Ia juga memberikan keuntungan antara 37% hingga 76% berbanding purata harga saham sejarah bagi tempoh lima hari hingga tiga tahun.

 

Mercury Securities memberi amaran bahawa sekiranya cadangan penswastaan itu gagal, harga saham Tong Herr berpotensi jatuh di bawah harga tawaran, sekali gus menyukarkan pemegang saham minoriti menjual pegangan mereka pada harga berkenaan pada masa hadapan.

 

Selain itu, tiada tawaran alternatif dikemukakan setakat ini, manakala pemegang saham pengawal telah menguasai 74.5% kepentingan dalam Tong Herr, menjadikan usaha mendapatkan tawaran pesaing yang berjaya sukar tanpa sokongan mereka.

 

Pengarah Tong Herr yang tidak mempunyai kepentingan dalam cadangan berkenaan turut bersetuju dengan penilaian itu dan mengesyorkan pemegang saham menyokong penswastaan syarikat.

 

Cadangan tersebut akan dibentangkan untuk undian pada mesyuarat agung luar biasa pada 3 November 2026. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved