Tayang Bayi & Tulis ‘Married’ Di Profil, Rossa Sera Dah Kahwin Baru?

Entertainment
7 Mar 2025 • 2:21 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Perkongsian daripada bekas isteri pelawak Shuk Sahar iaitu Rossa Sera telah meraih perhatian netizen, difahamkan, Rossa Sera kini dipercayai sudah berkahwin baru.

Hantaran tersebut memperlihatkan pemilik nama sebenar Rosselenah Natassyiah Asshaferah ini memeluk seorang bayi dalam sebuah kereta.

Rata-rata warganet terkejut apabila melihat perkembangan terkini Rossa kerana dia tidak pernah memaklumkan tentang pernikahannya. Bagaimanapun, mereka tetap menyokong dan mendoakan kesejahteraannya.

image is not available image is not available image is not available

Walau bagaimanapun, masih belum ada sebarang pengesahan daripada tuan empunya badan sendiri berkaitan hal itu.

Namun, berdasarkan pemerhatian kami, Rossa menukar status di profil miliknya dengan perkataan ‘Married’ besertakan simbol cincin.

Apapun, kita tunggu je la kenyataan Rossa macam mana.

Sumber : TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.