Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, menafikan dakwaan mengubah bentuk wajahnya. Sebaliknya, keadaan bengkak yang dialami wajahnya itu merupakan kesan prosedur membuang minyak silikon yang dijalankan di sebuah klinik di Negeri Sembilan, Isnin lalu.
Dedah Prince Syed, dia pernah melakukan suntikan filler sekitar tahun 2012 dan 2013 kerana terpengaruh dengan rakan-rakan ketika bekerja sebagai model.
Artikel berkaitan : “Cukup lah netizen hina” – Prince Syed Bengang DSV Tiba-tiba Petik Namanya
Artikel berkaitan : Hadir Bersama Isteri, Prince Syed Tarik Balik Kes Cedera & Khianat Libatkan Keluarga Mentua Di Mahkamah
Tak menyesal apa yang pernah buat dulu sebab…
“Katanya wajah akan bertambah elok selepas disuntik dan dapat lebih banyak tawaran sebagai model.”
“Jadi saya pun cuba dan memang betul dapat banyak tawaran tapi lama kelamaan, saya sedar wajah tidak lagi tegang malah semakin kendur. Bila naik berat, muka jadi kembang.”

“Lama kelamaan, baru saya tahu apa yang disuntik dulu bukan filler tapi minyak silikon dan sebab itu jadi begitu,” katanya kepada Harian Metro.
Sudah lama berhasrat untuk membuang bahan berbahaya itu, dia akhirnya menemui doktor yang sesuai untuk menjalankan prosedur rawatan yang mengambil masa kira-kira tiga jam setengah.
“Ambil masa tiga jam setengah juga untuk buat prosedur itu dan tempoh hari, buat bahagian pipi kanan dengan kiri dulu.”
“Kena fokus bahagian itu terlebih dahulu dan kemudian, barulah buat bahagian bawah mata kerana muka tengah bengkak. Lagipun, itu yang disarankan doktor.”

“Memang kena buat (mengeluarkan silikon) kerana jika tidak, muka jadi lebih teruk. Cuma ramai ingat saya buat pembedahan plastik selepas muat naik video di TikTok,” tambahnya.
Ujar Prince Syed, dia langsung tidak menyesal dengan apa yang berlaku kerana menganggapnya sebagai satu pengajaran hidup. Malah, dia berharap perkongsiannya itu dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya suntikan silikon serta prosedur pembuangannya.
“Setahu saya, hukum mengeluarkan silikon wajib jadi kena ikhtiar untuk buat. Jujurnya tak menyesal dengan apa dilakukan dulu kerana anggap ia sebagai perjalanan hidup dan pembelajaran untuk jadi manusia yang lebih baik,” jelasnya.
Sumber: Harian Metro
Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.


