Tebang pokok tanpa permit: Dua warga Filipina dijel, denda

30 Apr 2024 • 5:17 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Cynthia D Baga

Kota Kinabalu: Dua warga Filipina dipenjara setahun dan denda RM5,000 atau penjara enam bulan lagi setiap seorang kerana menebang pokok dan menjadikannya hasil hutan dari tanah Negeri tanpa permit.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menjatuhkan hukuman itu kepada Alex Patio, 21, dan Delmon Among, 25, yang mengaku bersalah.

Warga Filipina terbabit menebang pokok itu dan menjadikannya beberapa kayu yang diubah suai jam 1.10 petang pada 15 April di Sungai Tetagas, Pulau Bangi di Kudat.

Kedua-duanya tidak mempunyai permit untuk menebang pokok itu.

SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Kesalahan mengikut Seksyen 23(2) Enakmen Hutan 1968 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara antara satu hingga 20 tahun, dan denda sehingga RM500,000, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan semua barang rampasan dilucuthakkan oleh kerajaan.

Selepas menjalani hukuman penjara, warga Filipina terbabit diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.

Semasa mitigasi, Filipina merayu hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertama mereka.

Bagaimanapun, Pegawai Pendakwa Noramad Jumain dari Jabatan Perhutanan menggesa mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi dijadikan pengajaran dan amaran kepada pihak lain supaya mematuhi undang-undang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.