
Kota Kinabalu: Seorang warga Filipina berusia 18 tahun didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang wanita ketika merompaknya.
Kalang Uluhati mengaku bersalah terhadap pertuduhan ke atasnya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus pada Selasa.
Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan ke 16 Mei tahun ini sementara menunggu jurubahasa Bajau Pelauh kerana Kalang memaklumkan mahkamah dia tidak begitu memahami Bahasa Melayu.
Kalang didakwa menyerang wanita berusia 35 tahun itu ketika merompaknya pada jam 12.30 tengah hari pada 15 Februari tahun ini berhampiran bangunan One Stop Premium di Jalan Hj Saman, di sini.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Dia didakwa telah melarikan beberapa barangan milik wanita itu iaitu, sekeping MyKad, dua MyKids, dua kad bank, lesen memandu pa, kad pergigian dan wang tunai RM50.
Kesalahan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, dan sebat atau denda, jika sabit kesalahan.
Mahkamah memerintahkan Kalang yang tidak diwakili, ditahan reman sementara menunggu tarikh tersebut.
Dalam kes lain, seorang lelaki berusia 29 tahun meminta dibicarakan memiliki 33.45gm syabu.
Hermezan Saleh didakwa memiliki dadah itu pada jam 12.30 tengah hari pada 1 September 2023 di kaki lima Pasar Besar Kota Belud.
Mahkamah menetapkan 16 Mei depan untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan tiada jaminan ditawarkan kepada Hermezan.
Timbalan Pendakwa Raya Tham Pou Jin hadir untuk pendakwaan manakala Hermezan tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

