“Rambut panjang biarkan” – Sajat Luah Hasrat Mahu Tunai Umrah, Kali Ini Sebagai Lelaki

Entertainment
30 May 2025 • 1:05 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Personaliti media sosial, Nur Sajat meluahkan hasratnya untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, namun kali ini mahu pergi dengan berpenampilan lebih baik.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman memberitahu dia mahu berpakaian seperti seorang lelaki ketika menunaikan umrah.

Ujarnya, impian suci itu timbul kerana merasakan tahun ini tahun yang paling gembira buat dirinya.

“Sajat rasa kali ini pergi umrah, akan berpakaian seperti lelaki. Biarlah rambut panjang sekali pun. Tahun ini adalah tahun paling saya gembira. Insya-Allah tahun depan, saya akan pergi umrah lagi.”

@su.ufora

Hidayah Allah ni boleh dtg bila2 . Mana tahu asbab ke umrah nanti terdetik utk balik ke asal . Moga baik2 saja utk dia .

♬ الصوت الأصلي – Walid korabi

Dalam pada itu, dia turut mengakui telah belajar daripada kesilapan lampau dan tidak mahu mengulanginya.

“Sajat tak akan buat benda yang buatkan orang lebih marah lagi. Sebab keluarga Sajat pernah kata, apa jadi sekalipun jangan tukar agama,” ujarnya.

Sebelum ini, usahawan berusia 40 tahun pernah mencetuskan kontroversi sekitar tahun 2020 apabila dia berpakaian seperti wanita semasa mengerjakan ibadah umrah di Mekah.

Tindakan Sajat itu telah menimbulkan kemarahan umat Islam di Malaysia dan turut menjadi perhatian Menteri Agama kerana didakwa telah mencemarkan imej Islam.

Alhamdulillah, kita doakan yang baik-baik.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.