Tecno OneLeap Diperkenalkan Untuk Memudahkan Sambungan Antara Peranti

TechnologyDigital
4 Mar 2026 • 3:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Selain daripada pelancaran peranti-peranti baru di acara Mobile World Congress, Tecno juga telah memperkenalkan teknologi sambungan peranti mereka sendiri yang dinamakan Tecno OneLeap yang membolehkan pengguna untuk menyambungkan tiga peranti sekaligus kepada satu ekosistem.

Dengan Tecno OneLeap, syarikat tersebut mengatakan bahawa pengguna yang menggunakan komputer, tablet dan peranti pintar Tecno untuk bukan sahaja menyambungkan peranti-peranti mereka kedalam satu ekosistem, tetapi juga untuk memudahkan aturan kerja merentas peranti.

image is not available

Tecno OneLeap menawarkan fungsi-fungsi seperti perkongsian data antara peranti yang membolehkan fungsi copy dan paste, sokongan untuk teknologi seakan KVM “Keyboard, Video, Mouse”, membolehkan satu set aksesori tersebut digunakan bersama tiga peranti Tecno sekaligus.

Kelak, apabila fungsi OneLeap ini diperkenalkan secara lebih meluas, produk-produk audio Tecno juga dilihat boleh digunakan sebagai aksesori terjemahan bahasa muka-ke-muka yang boleh menterjemah 160 bahasa dan menyimpan transkrip perbualan audio dalam peranti pintar untuk semakan kemudian yang cepat dan mudah.

Setakat ini, Tecno masih belum mengesahkan bilakah teknologi OneLeap akan diperkenalkan kepada peranti-peranti mereka, tetapi berdasarkan demo yang diperlihatkan sewaktu acara MWC 2026, ia dijangka akan tiba tidak lama lagi.