Selain daripada Tecno Camon 50 Ultra 5G dan aksesori modular pintar Tecno Modular Magnetic Interconnection Technology, Tecno juga telah memperlihatkan sebuah peranti pintar konsep baru yang dinamakan Tecno Pova Neon.
Tidak banyak yang diketahui mengenai peranti pintar konsep ini, kecuali rupanya memiripi Tecno Pova dengan pengecualian satu bahagian yang lebih unik, iaitu bahagian belakang peranti ini.

Ia hadir dengan bahagian belakang dengan pilihan warna biru dan merah jambu, dan didalamnya terkandung gas neon terion (ionized), yang membolehkannya memperlihatkan corak pencahayaan yng cukup menarik sekali.
@cnetdotcom Tecno unveils the POVA Neon which is “the world’s first ionized inert gas light emitting technology” inside a smartphone. And you have to admit, it looks pretty sick. #tecno #mwc2026 #phoneconcept #plasmalightning #tecnopova
Apabila diaktifkan melalui tenaga elektrik pada bateri peranti, ia memperlihatkan nyalaan cahaya yang menyerupai kilat sabung-menyabung, menjadikannya sebuah peranti yang mempunyai rekaan cukup unik sekali.
Seperti yang dikatakan, Tecno Pova Neon merupakan sebuah peranti konsep, dan setakat ini, bukan sahaja spesifikasi peranti ini tidak begitu diketahui, ia juga tidak diketahui lagi sekiranya ia akan diumumkan dan dilancarkan secara rasmi.

