Tecno Phantom V Fold2 Rasmi Dengan Cip Dimensity 9000+ Dan Tri-Sensor 50MP

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 11:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno Phanto V Fold2 turut dilancarkan dengan peningkatan yang termasuk modul kamera belakang direka semula dengan sistem tri-kamera yang disusun dalam bentuk segi empat. Reka bentuknya dilihat berlainan dengan kebiasaan namun Tecno masih mengekalkan bahagian belakang sejenis kulit dan paparan melengkung yang digunakan pada model asal.

image is not available

Tecno Phantom V Fold2 mempunyai skrin utama 7.85″ AMOLED 2K yang dipadankan dengan skrin sekunder AMOLED FHD+ sebesar 6.42″. Cip Mediatek Dimensity 9000+ digunakan sebagai tunjang utama dengan pilihan memori 12GB RAM (boleh diperluaskan dengan tambahan 12GB RAM) dan storan dalaman 512GB. Sistem kamera pula terdiri dengan tri-sensor 50MP dibelakang untuk utama, ultra lebar dan potret, di samping dwi-kamera hadapan 32MP + 32MP. Tidak ketinggalan turut kalis air IP54.

image is not available

Bateri 5,700mAh digunakan turut menyokong pengecasan berwayar 70W Ultra Charge dan 15W Fast Wireless Charge. Buat pertama kalinya Tecno menyertakan pengecasan nirwayar dalam rangkaian telefon skrin boleh lipatnya. Sama seperti Phantom V Flip2, peranti ini dikuasakan oleh Tecno Artificial Intelligence Suite untuk beberapa ciri AI terbina. Misalnya seperti pembantu maya Ella yang kini diintegrasikan dengan Gemini, AI Tools: Smart Q&A, AI Summary, AI Translation, AI Writing dan AI Artboard.

image is not available

Tecno melengkapkan lagi peranti dengan sokongan stylus pertamanya. Ianya dipanggil sebagai Phantom V Pen yang hanya seberat 10 gram. Selain itu dilengkapi dua butang untuk kawalan yang mudah. Satu butang menyediakan askes pantas untuk ciri AI pada telefon. Sementara itu butang lain pula boleh digunakan untuk pelbagai tugas lain seperti mengambil gambar, mengawal muzik dan sebagainya.