Tecno sedia memaklumkan bahawa Pova 5 bakal dibawa masuk ke Malaysia pada 10 Julai akan datang. Namun semakan kami menerusi kedai atas talian rasmi di Shopee mendapati ia sudah sedia dipratempah. Dalam masa sama, harga jualan turut disenaraikan pada RM699 (8/256GB) sebuah.

Tecno Pova 5 merupakan sebuah peranti kelas pertengahan 4G yang dijana cip MediaTek Helio G99 sebagai tunjang utama. Ia kemudiannya dilengkapi skrin IPS LCD 6.78-inci FHD+ yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz. Peranti juga mempunyai sistem dwi-kamera utama 50MP + AI Lens di belakang dan kamera swafoto 8MP yang diletakkan di dalam lubang kecil. Kemudian bateri 6000mAh yang disertakan juga menyokong sistem pengecasan berwayar 45W dan berbalik 10W.
- Info
- Beli – Tecno Pova 5 | Shopee Malaysia


