“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ini Ditinggalkan, Hancurnya Hati” – Ibu Mentua Puteri Sarah

Entertainment
27 Dec 2022 • 2:45 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Kisah rumahtangga pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya, Syamsul Yusof kembali menjadi bualan selepas Puteri Sarah mendakwa suaminya itu dah bernikah dengan orang ketiga di Thailand.

Puteri Sarah juga mempertikaikan tindakan suaminya yang ingin menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang didakwa membuat fitnah.

Terbaru, ibu mentua Puteri Sarah, Datin Patimah Ismail memuat naik dua hantaran di Instagram Story meluahkan rasa sedih melihat keluarga menantunya itu ditinggalkan.

Dalam hantaran itu, Datin Fatimah meletakkan gambar Puteri Sarah dan anak-anak sebagai latarbelakang.

Doa Puteri Sarah dan anak-anak bahagia

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ibu kepada pengarah Syamsul Yusof ini berdoa semoga Allah SWT memberi kebahagiaan kepada Puteri Sarah dan dua anaknya.

image is not available

Beliau memohon menantu dan cucunya yang ditinggalkan diberi kekuatan menempuhi ujian hidup.

Difahamkan, Puteri Sarah serta dua anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah kini sedang melancong di Jepun.

Kredit: Instagram dpatimah012

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.