“Tiber Nak Saman, So Betul Lah?” – Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Nak Saman JAWI, Suruh Mengaku Saja

23 Dec 2022 • 9:57 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Setelah kecoh berkenaan pelakon serta pengarah, Syamsul Yusof mahu menyaman Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) sebanyak RM10 juta susulan kes didakwa sudah berkahwin dua, isterinya iaitu Puteri Sarah tampil menyuarakan pandangannya.

Sarah, 37, mempersoalkan tindakan suaminya itu untuk menyaman pihak JAWI secara tiba-tiba.

Benda macam ni tiba-tiba muncul. Tiba-tiba nak saman untuk apa?

image is not available

Menurut Sarah seperti yang dimuat naik di IG Story lagi, dia meminta agar Syamsul menjelaskan hal sebenar mengenai desas-desus isu sudah berkahwin secara senyap dengan orang ketiga untuk elak dari berlakunya sebarang kemusykilan.

Bukan itu saja, melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah berkenaan, Sarah beranggapan bahawa khabar angin dirinya sudah berkahwin dengan Ira adalah benar.

Sekadar info, Syamsul mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak JAWI kerana mendakwa kenyataan yang diberi kepada keluarganya adalah fitnah dan telah menyebarkan maklumat peribadi mengenai dirinya.

image is not available 6 jam lalu

"Ya Ianya Fitnah.." - Syamsul Yusof Saman JAWI RM10 Juta Sebab Fitnah Dah Kahwin Lagi