Tegas dalam bekerja, seorang yang menyeronokkan di rumah

6 Oct 2026 • 3:26 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Tegas dalam bekerja, seorang yang menyeronokkan di rumah

TANJUNG MALIM – Anak sulung kepada mendiang Tan Sri Khoo Chong Kong yang merupakan bekas Ketua Polis Perak menyifatkan ayahnya seorang yang tegas semasa bekerja tetapi menyeronokkan apabila bersama keluarga di rumah.

Menurut Datin Rita Koo Swee Kim, mendiang ayahnya merupakan seorang yang sangat sibuk dan sekiranya mengikut operasi tidak akan pulang ke rumah selama satu atau dua bulan.

“Dia (mendiang) banyak menghabiskan masa sebagai polis cawangan khas (SB) berurusan (memerangi ancaman) komunis.

“Seorang ayah yang sangat baik. Tidak garang. Mungkin dia agak tegas dalam kerja tetapi di rumah sangat menyeronokkan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini hari ini.

Katanya, keberanian dan dedikasi mendiang ayahnya menjadi ikutan setiap ahli keluarganya selain berpegang dengan prinsip tidak mengambil apa-apa yang tidak masuk akal.

Mendiang Chong Kong meninggal dunia pada 14 November 1975 pada pukul 4.41 petang di Hospital Besar Ipoh selepas bertarung nyawa selama kira-kira 28 jam.

Terdahulu sehari sebekum itu, kira-kira pukul 1 petang, mendiang semasa dalam perjalanan pulang dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak ke kediamannya di Jalan Tawar off Jalan Tambun.

Beliau menaiki kenderaan rasmi jenis Volvo 224 yang dipandu Konstabel Yong Peng Cheong.

Ketika kenderaan berhenti di persimpangan lampu Jalan Ashby dan Jalan Fair Park, Ipoh, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal menghampiri dari arah belakang berpakaian putih dan memakai topi keledar telah memotong kenderaan tersebut di sebelah kanan sebelum melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mendiang Chong Kong.

Mendiang mengalami kecederaan parah apabila tiga butir peluru mengenai kepala dan satu butir peluru mengenai lengan kiri. – KOSMO! ONLINE

The post Tegas dalam bekerja, seorang yang menyeronokkan di rumah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved