Tegur Bunyi Ekzos Bising, Lelaki 59 Tahun Dipukul Dengan Kayu!

LocalPolitics
27 Nov 2024 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Seorang lelaki berusia 59 tahun, mengalami kecederaan lebam di  lengan kiri akibat dipukul dengan kayu oleh seorang  Individu berusia 26 tahun kerana menegur bunyi bising ekzos keretanya di Masai, Johor. 

Justeru itu, pihak polis telah menahan suspek dan merampas kayu yang digunakan  untuk memukul mangsa. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohaimi Ishak.

Suspek bertindak agresif dengan memukul mangsa

image is not available

Polis mengesan insiden provokasi dan mendatangkan kecederaan yang dimuat naik oleh pengendali akaun X Cool_Wannabe82 selain turut menerima laporan daripada mangsa.

Setelah ditegur bunyi ekzos kereta yang bising, suspek yang tidak berpuas hati telah bertindak agresif memukul mangsa dengan sebatang kayu hingga menyebabkan kecederaan lebam di lengan kirinya.

Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Daerah SerI Alam telah membuat tangkapan terhadap suspek selain merampas sebatang kayu.

Suspek boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun

image is not available

Oleh yang demikian, kes disiasat di bawah Seksyen 32 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 tahun, denda, atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

#OhmediaNasihat

Teguran memang penting untuk kebaikan bersama, tetapi pastikan ia dilakukan secara berhikmah dan tidak mencetuskan provokasi.

Sentiasa kawal emosi dalam situasi seperti ini dan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini segera laporkan kepada pihak berkuasa.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian