
KUALA LUMPUR 16 Dis – TEKCE Real Estate mengumumkan pengembangan Program Rakan Kongsi dan pelancaran Program Affiliate baharunya yang direka untuk memudahkan jualan hartanah merentas sempadan secara lebih telus dan memberi ganjaran sesuai.
Program ini dijalankan melalui platform MyTEKCE dan versi berjenama TEKCE App, membolehkan rakan kongsi dan pemasar affiliate menjejak transaksi secara masa nyata serta mengakses lebih 7,000 senarai hartanah di Sepanyol, Türkiye, Emiriah Arab Bersatu dan Cyprus Utara.
Ketua Pegawai Operasi TEKCE, Özkan Tekçe berkata, industri hartanah adalah perniagaan berasaskan kepercayaan.
“Melalui MyTEKCE dan ekosistem rakan kongsi kami, setiap pihak dapat bekerja secara telus menggunakan jenama mereka sendiri, memantau pelanggan dari pertanyaan pertama hingga bayaran komisen.
“Setiap cabaran yang kami hadapi sebagai rakan kongsi telah kami jadikan sebagai asas membina sistem ini. Kami merangkanya supaya rakan kongsi tidak lagi perlu berdepan kekangan yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Program Rakan Kongsi TEKCE membolehkan broker dan penasihat bebas dari seluruh dunia menggunakan infrastruktur dan inventori TEKCE sambil mengekalkan hubungan mereka dengan pelanggan.
MyTEKCE membolehkan mereka menjejak status pelanggan, log komunikasi, lawatan hartanah, tawaran, harga jualan dan komisen secara telus, sementara TEKCE App white-label membolehkan rakan kongsi memaparkan ribuan senarai hartanah di bawah jenama mereka sendiri.
Program Affiliate pula terbuka kepada pencipta kandungan, pempengaruh media sosial, blogger, agensi pelancongan dan penggiat digital lain.
Mereka boleh menjana pautan unik melalui MyTEKCE untuk menghubungkan audiens mereka dengan senarai TEKCE dan memperoleh pendapatan rujukan daripada transaksi yang disahkan tanpa perlu menjadi ejen hartanah.
TEKCE kini mempunyai 20 pejabat di lima negara, termasuk Sepanyol, Türkiye, Emiriah Arab Bersatu, Cyprus Utara dan Sweden.
Rangkaian global ini membolehkan rakan kongsi dan pemasar affiliate mendapatkan bekalan hartanah yang disahkan dan kepakaran tempatan untuk pelanggan merentas sempadan.
“Perkongsian harus boleh diukur. Model berasaskan CRM kami menunjukkan setiap langkah supaya rakan kongsi dan pemasar affiliate boleh membina perniagaan jangka panjang berlandaskan ketelusan,” tambah Tekçe.
Rangkaian rakan kongsi dan pemasar affiliate TEKCE kini merentasi lebih 100 negara.
Maklumat lanjut mengenai program rakan kongsi dan afiliasi TEKCE boleh diperoleh di tekce.com/corporate/partnership dan tekce.com/corporate/affiliate-program.- DagangNews.com

