

Seorang pembeli kereta terawal Perodua QV-E terkejut besar selepas menerima bayaran balik sebanyak RM16,501 daripada Perodua, baru-baru ini.
Pemilik kereta itu, Tan Aik Keong berkata dia tidak menyangka menerima bayaran balik itu.
"Hari ini, saya menerima RM16,501 daripada Perodua, langsung tidak sangka.

"Kami mengambil Perodua QV-E pada 2 April lalu ketika harga pelancarannya sekitar RM80,000. Harga itu disemak semula kepada RM69,999 dengan harga promosi sebanyak RM63, 4999 sehingga hujung September ini.
"Kami tidak meminta sebarang ganti rugi atau membuat sebarang aduan. Sebaliknya Perodua mengambil inisiatif itu dengan membuat pelarasan harga bagi menghargai pelanggan terawal yang membeli QV-E.
Susulan itu, Tan turut memuji tindakan Perodua yangbenar-benar menghargai kepercayaan pelanggan.
"Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berbangga bahawa pembuat kereta nasional kita menunjukkan etika perniagaan yang begitu kukuh dan mengambil tanggungjawab terhadap pelanggan yang menyokong produk tersebut dari awal," tambahnya.
Untuk makluman, Perodua melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik (EV) pertama mereka yang digelar sebagai QV-E itu pada harga RM80,000 ke pasaran tempatan,1 Disember 2025.


Sebaliknya, pada Jun lalu, Perodua mengumumkan harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh “Harga baharu QV-E untuk pemilikan penuh adalah RM93,999 atau RM69,999 menerusi pakej Battery as a Service (BAAS) dengan tambahan bayaran bulanan sebanyak RM215 (termasuk cukai) selama 9 tahun.


